Cerita RM5.00
Petang Jumaat lepas balik dari hantar kawan ambil kereta dari bengkel di Bertam telah seakan ditipu oleh pemungut tol lorong U23 Penang Bridge. Baki yang dipulangkan kurang RM5. Oleh kerana traffic agak sesak waktu itu, tak la dan nak kira baki duit RM50 tu… lagi pun mamat tu ada bg duit siling (mmg tektik dia kut). Dah sedar kena tipu, terus call toll free no. PBSB. Petugas tu kata bila-bila senang, bawa resit tu utk refund. Dlm hati kata.. ok jugak PBSB ni..
Memang perinsip aku.. kalo org tipu-tipu mcm tu memang aku tak bg peluang. Jadi.. masa balik dari Ipoh ptg ahad tu, singgah ler kat pejabat PBSB (Penang Bridge Sdn Bhd). ada dua bangunan.. Alamanda dan Bougainvilla … cuba tanya kat B dulu… Masha’Allah… Allah maha kaya… jumpa lak kawan seasrama dari RK, Remove Class sampai Form 4.. 35 tahun dulu.. hikmah RM5 tu la kut.. dpt jumpa long lost friend.
Selepas.. sembang2 sat dan bertukar2 callcard, pi lak blk A tadi… semua tutup ropanya pd hari Ahad.. call balik opis PBSB, petugas tu very helpful.. bawa borang untuk diisi dan dpt la balik RM5 tu… (Ini dipendekkan cerita.. sebenarnya lebih setengah jam proses ni).. hikmah RM5 tu juga la tu… ajar aku sabar tunggu.
Petang tadi. masa nak buka gate rumah, tetiba disapa sorang mamat ni sambil dukung anak kecik… Intro diri dia duk kat flat dpn rumah.. kunun keje airport juga.. muka mmg mcm org susah.. (pandai dia berlakun).. tenguk anak kecik tu yg buat aku lemah… Mamat tu pun memulakan cerita… Dia tak cukup RM5 utk ambil motor kapcai dia yang pancit kat kedai motor kat flat tu.. (bulan gelap ni kut) Tanpa byk fikir.. tgk muka anak kecik tu… ambik wallet.. kebetulan ada duit RM5.. terus bagi mamat tu.. dia kata nanti dia bayar balik kat rumah atau kat airport. aku pun terus masuk rumah.. (tak sure pulak dia ada kata thanks or not)
Lepas solat magrib.. teringat balik pasal mamat dgn anak kecik tu.. isk.. that same RM5 yang PBSB refund tu la yang aku bg kat mamat tu… Ingat2 balik… hmm.. byk citer lak RM5 tu.. ntah2 mamat tu raund satu kampong dgn citer tak cukup RM5 dan motor kapcai dia tu.. berapa henggit pulak dia dpt dgn mintak sedekah cara baru ni…
Kalo betul dia sesak, aku sedekah kan la RM5 tu. tapi kalo mamat tu memang ‘penipu profesional’ mmg laknat la hidup dia. Wallahualam……